Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

::Friends::

ReviEw bUku :: Harry Potter and The Deathly Hallows!!

::tuesday:
::november 23, 2010::
::2.10 am::
::sorg2, rumet dh balik::
::kriikk3 - cengkerik::

oriet.. mcm yg aku dh ura2 kan kt entry lepas, aku nk cite plak pasal review buku Harry Potter and The Deathly Hallows.. 1st tyme aku nk review buku dlm blog aku nih.. klu ade pape salah, uols buzz je aku ok kt comment tu.. kite sesame street la betolkan.. hehe kalau name2 watak ngn istilah2 yg uols blur2, pening2 lalat, silelah bertanya kt henchik google.. sesungguhnye beliau amat bermurah hati untuk menjawab setiap pertanyaan uols.... enjoyz!!


Harry Potter and the Deathly Hallows (Book 7), adalah buku terakhir tentang budak magik yg ditulis oleh J.K Rowling. Mesti die skrg ngh goyang kaki dok kira duit dari royalty yg dier dpt.. kan? Ko ade? Aku tak mampu.. stakat goyang kaki atas jambatan kt kg batu pahat, bola la.. oke.. nk review buku last pasal budak magic ni.. review filem ni skali la..


Buku ke 7 di dimulakan dengan munculnye Voldemort dgn konco-konconye kat rumah Lucius Malfoy. Dorg sume ngah plan nk bunuh Harry Potter sebelum dier kembali bersembunyi. disebabkan tongkat Voldemort dh tak power sangat, dier pinjam a.k.a rampas tongkat sihir Lucius utk bunuh tawanannye, Profesor Charity Burbage, cikgu yang aja subjek Muggle di Hogwarts, atas alasan die dah ajar subjek tu dan dah utarakan pendapat supaya paradigma tentang kemurniaan darah penyihir dihapuskan.

Harry yang dh bersiap utk memulakan perjalananye terbace tentang berite kematian Albus Dumbledore; baru dier tahu yang ayah Dumbledore dulu, Percival, adalah seorang pembenci yang amat kat golongan bukan penyihir.. die jugak dh bunuh bnyk Muggle..jahat kan dier nih! Last2, die mati kt Penjara Azkaban jerk sbb jahat sgt.. pastu Harry dh berjaye yakinkan family Dursley (pakcik dier tuh) agar dorg cepat berambus supaye tak jadik mangse Death Eater (Pelahap Maut).. pastu family Dursley pergi la sembunyik dgn dikawal oleh sepasang penyihir. Sebelum tu, Dudley ada buat pengakuan yang dier risaukan pasal Harry.. so sweet ko kn bdk debab..

Together gather ngn team Orde Phoenix, Harry gerak dari rumah Dursley ke The Burrow. Dalam perjalanan tuh, Hedwig, burung hantu putih dier yg cute tuh terbunuh; George Weasley hilang sebelah tlinge die; Mad-Eye Moody plak kene bunuh ngn Voldemort sendirik. Sejak kebelakangan tu, Harry dpt vision yang tongkat sihir die telah beraksi dgn tongkat sihir yang Voldemort pinjam, menghancurkan tongkat Voldemort, dan die jugak dpt vision mase Voldemort ngh tanye Ollivander si pembuat tongkat sihir, sebab ape hal bende tu boleh terjadik..

Beberape hari pastu, Menteri Sihir pun dtg kt kediaman Weasley. Die bawak wasiat ngn warisan Dumbledore utk dorg bertiga; Delumintaor untuk Ron (alat seperti pemetik api yang dapat memadamkan cahaya); buku mengenai kisah anak-anak untuk Hermione; dan utk Harry, pedang Godric Gryffindor dan snitch pertama yang Harry tangkap dulu. Tapi, pedang tu ditahan, sbb menurut kementerian sihir, pedang tu bukan milik Dumbledore. Dorg bertiga pun berusaha la nk tahu, ape sebab Dumbledore bg tiga barang tu kt dorg. Sehari lepas tuh, adalah hari perkahwinan Fleur Delacour dgn Bill Weasley, brader Ron..

Berite tentang Voldemort yg dh berjaye menguasai dan mengambil alih Kementerian Sihir dh tersebar luas; pastu..Harry, Ron ngn Hermione bersembunyi kat Grimmauld Place bernombor 12, rumah yang diwariskan kepada Harry oleh Sirius Black. Pastu, dalam dorg bersembunyi, dorg bertige sedar bahawe aksara R.A.B pada rantai loket yang Dumbledore ngn Harry dapat, (dalam buku Harry Potter yg ke 6) adalah Regulus Arcturus Black, iaitu adik Sirius Black. Pastu, dorg mule mencari Horcrux yang Regulus curik kat rumah keluarge Black tu. Dorg dpt tahu dari kreacher bahawa dier sendiri yang bantu Regulus untuk berdamping dgn Voldemort dengan menempatkan Horcrux berbentuk rantai loket tersebut kt dalam gua. Bile Regulus rase kecewe ngn Dumbledore, ia perintahkan Kreacher kembali semula kt gua tu, pastu tuka balik rantai loket tersebut dengan yang palsu. Tapi, Regulus plak yg terbunuh dalam proses tuh. Last2, dorg bertige sedar bahawa, Mundungus Fletcher yg telah curik rantai loket tersebut dan diberikan kepada Dolores Umbridge.

Selame sebulan dorg buat siasatan terhadap Kementerian Sihir, ngn buat beberape plan tindakan, dorg bertiga berhasil ambik balik Horcux berbentuk rantai loket dari Umbridge. Dalam proses nk dapatkan Horcux tu td, tempat persembunyian dorg dh diketahui oleh konco2 Voldemort. Pastu dorg terpakse melarikan diri ke daerah terpencil, berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Dorg gak tak tinggal lame dekat suatu tempat yang dorg singgah.

Dalam mase dorg pindah randah tuh, mereka ade dengar bahawa pedang Godric Gryffindor tu sebenarnye palsu, dan ada someone yg dh melakukan sesuatu terhadap pedang aslinya. Dari Phineas Black, Harry dapat tau bahawa Dumbledore adalah org yg terakhir menggunakan pedang tersebut utk menghancurkan salah satu Horcrux, iaitu Cincin Gaunt. Pastu, Ron ade sedikit salah faham ngn Harry, lalu dier pun pergi meninggalkan Harry ngn Hermione. Harry ngn Hermione kemudiannya pergi ke Godric’s Hollow utk menyiasat samada Dumbledore ade tak meninggalkan pedang tersebut disana.
Bile dorg berdua dah berada kat Godric’s Hollow, dorg pun mengunjungi lokasi ahli keluarga Potter dan Dumbledore di kuburkan. Di Godric’s Hollow, dorg juga ade menemui Bathilda Bagshot, salah seorang daripada kawan lama Dumbledore yang mengarang buku Sejarah Sihir. Di rumah Bagshot, dorg ade terjumpe gambar penyihir ilmu hitam Grindelwald, saudara kpd Bagshot, yg dulunya adalah kawan kpd Albus Dumbledore mase kecik. Tapi, tu sume adelah perangkap, sbb “Bagshot” tu sebenarnye merupakan jelmaan ular Voldemort, Nagini. Dorg berjaye melarikan diri dari Voldemort, tapi malangnye tongkat sihir Harry hancur dalam kejadian tuh.

Dalam pelarian dorg, last2 Harry berjaye jumpe pedang Godric Gryffindor yang tersembunyi kt dalam sebuah kolam beku di tengah2 sebuah hutan. Die pun menyelam ke dalam kolam tersebut untuk mendapatkan pedang tu sambil memakai rantai loket Horcrux Voldemort di lehernya. Tapi malangnye, rantai loket tersebut cube mencekik Harry dan hampir menenggelamkannya hingga mati. Pastu, dgn tibe2, Ron pun dtg dan tolong selamatkan Harry. Dorg berdua pun menghacurkan Horcrux dengan pedang tersebut.
Dorg bertiga pergi ke rumah keluarga Lovegood, untuk berjumpe dengan Xenophilius Lovegood, ayah kepada Luna Lovegood. Dorg bertanya tentang lambang Grindelwald yang dah muncul banyak kali dalam perjalanan mereke. Sewaktu berada di rumah Lovegood, Harry, Ron dan Hermione diberitahu tentang kisah penyihir kuno mengenai tiga bersaudara yang mengalahkan kematian, Deathly Hollows. Tiga bersaudara masing2 mendapatkan bende sihir sebagai ganjaran- tongkat sihir yang tidak mungkin dapat dikalahkan (Elder wand-tongkat sihir tertua), batu sihir yg dapat menghidupkan kembali yang dah mati (Resurrection Stone-batu kebangkitan), dan Jubah Ghaib yang tidak akan dimamah usia. Harry sedar bahawe jubah yang dia miliki tu adalah Jubah Ghaib tersebut. dorg jugak sedar bahawa Lovegood telah mengkhianati mereke dan mahu menyerahkan dorg ke Kementerian Sihir. Anaknya Luna Lovegood, telah pun di tangkap dan Xenophilius Lovegood berfikir sekiranya die menyerahkan Harry potter kepada kementerian, anaknya akan dilepaskan. Tapi, dorg bertiga berjaya melarikan diri dan berazam utk mengumpulkan ketiga2 bende sihir Deathly Hallows tersebut, untuk mengalahkan Voldemort.

Harry, Ron ngn Hermione dh ditangkap oleh perompak, pastu dorg dibawa ke rumah Malfoy. Di situ, Hermione telah diseksa dan di ugut oleh Bellatrix Lestrange yang nak tahu sgt, cmne dorg boleh terjumpe dgn pedang Godric Gryffindor; sbb Bellatrix Lestrange fikir, die ngn konco2 nya yang curik pedang tu, dan sorokkan pedang tersebut di Gringotts. Harry ngn Ron plak telah dipenjare kt bawah tanah bersama2 dgn Dean Thomas , Goblin Griphook, Ollivander-pembuat tongkat sihir, dan Luna Lovegood. Harry berusaha la carik jalan nk kua dari tempat tuh, pastu tibe2 Dobby pun dtg menyelamatkan dorg sume. Dalam usaha dorg melarikan diri tuh, dorg dihalang oleh Wormtail yang kemudiannya terbunuh sbb tercekik oleh tgn perak yang Voldemort buat. Ron ngn Harry konon2 nk tolong, tp tak berjaye. Pastu, dorg berdua tolong Hermione dgn bantuan Dobby. Pada akhirnya, Dobby terbunuh sbb terkene pisau belati yang Bellatrix baling sebelum mereke hilangkan diri.

(sama mcm part 1 dlam filem tuh kan?)
******************
Dorg bertiga berusaha untuk menghasilkan 1 rencana baru. Mereka bertanya kepada Ollivander pasal Elder Wand dan dorg dpt tau pemilik terakhir adalah Dumbledore. Mereke turut berusaha utk halang Voldemort dari ambik tongkat sihir Elder Wand dari kubur Dumbledore. Dgn bantuan drpd Griphook, Hermione berjaye menyamar sbg Bellatrix Lestrange; bersama2 dgn Harry dan Ron, dorg cube masuk almari besi (tempat simpanan) Bellatrix di Bank Gingrott’s. Di situ, dorg bertiga berjaye menemukan satu lagi Horcux, iaitu Piala Hufflepuff. Rupa2 nya Griphook dh mengkhianati dorg dan melarikan diri serta berjaya mencuri pedang Godric Gryffindor. Harry, Ron dn Hermione berjaye melarikan diri, tetapi Voldemort sedar bahawe dorg sedang mencari Horcrux yang dier simpan.

Harry dapat melihat vision dgn serta merta setelah mereka berjaya melarikan diri; dier dapat melihat melalui mata voldermort dan dapat tahu setiap bende yang difikirkan oleh voldemort. Voldemort telah kembali ke tempat2 dimana die menyembunyikan Horcurx2 nya, dan mendapati Horcurx2 nya dh hancur dan lenyap. Secara rahsia, Voldemort mendapati bahawa Horcrux yang last berada kat Hogwarts. Mereka bertiga segere menuju ke Hogsmeade utk cari jalan cmne nk masuk ke sekolah Hogwarts. Semase di Hogsmeade, dorg bertiga berhadapan dgn Death Eater (pelahap maut), tetapi telah diselamatkan oleh Aberforth Dumbledore. Aberforth telah membuka jalan terowong ke Hogwarts, pastu dorg disambut oleh Neville Longbottom kt sana. Setelah mereka berjaya menyelamatkan jiwa Draco Malfoy, Harry berjaye menemukan mahkota Ravenclaw yang tersembunyi di dalam bilik keperluan dan ianya dihapuskan.
Di kawasan Shrieking Shack plak, dorg mendapati bahawa, Voldemort dah bunuh Severus Snape dgn tujuan utk men “tranfer” kekuatan yang ade pd tongkat sihir Elder Wand keatas dirinya sendiri. Dalam masa yg singkat itu, Snape telah bg memori die kat Harry. Daripada memori itu, terungkaplah yg Snape berada di sisi Dumbledore selame ni, didorong dgn cinta seumur hidupnya kepada Lily Potter (ibu Harry Potter). Snape telah disuruh oleh Dumbledore supaya membunuh dirinya sekiranya situasi mendesak; walaubagaimana sekalipun, hidup Snape tak akan lama sbb kutukan yg terdapat pada Horcrux Cincin Gaunt. Seterusnya, satu rahsia yang paling besar telah pun diketahui; Harry Potter adalah Horcrux terakhir Voldemort, dan Harry harus mati sebelum Voldemort dapat dibunuh. Pasrah dgn nasib diri sendiri, Harry pun mengorbankan dirinya sendiri. Pastu Voldemort pun melancarkan mentera untuk membunuh Harry. Tapi, dalam proses utk membunuh Harry dgn mentera dier tuh, mentera tu berbalik pada diri dier sendiri. Malah, turut menghancurkan sebahagian dari jiwa Voldemort yg terdapat kt tubuhnya. Last2, pas Nagini (ular tuh) dibunuh oleh Neville Longbottom, Voldemort pun terbunuh setelah dier sendiri cube menggunakan Kutukan pembunuh Avada Kadavra kat Harry. Mentera sihir tu berbalik dan menyerang Voldemort sendiri oleh Elder Wand.

Dalam cerita di akhir buku ni, pada tahun 2017, 19 tahun setelah Pertempuran di Hogwarts; Harry dan Ginny Weasley pun berkahwin. Dorg telah memiliki tiga org anak, iaitu James, Albus Severus, dan Lily. Neville Longbottom pulak dh jadik guru Herbologi kat Hogwarts. Ron dan Hermione pun dh kawen. Dorg pun dh memiliki dua anak yang bernama Rose dan Hugo. Draco Malfoy jugak ade anak yang bernama Scorpius. Mereka telah berjumpe kat station keretapi King’s Cross, untuk menghantar anak2 dorg bersekolah di Hogwarts. Pada masa tu, diceritakan bahawa, bekas luka Harry tak pernah rase sakit lagi lepas kekalahan Voldemort.
************************
entry khas utk peminat Harry Potter.. so and so pun bole

entry khas utk kawan yg jauh tuh: Dr. zaza (2 kali aku sebut name ko! present2!)

entry Khas utk mek ayu yang tak saba2 tunggu!



*p/s:: pasni, igt nk tulis pasal kehidupan dorg sume lepas buku 7 ni.. nak tau??


1 comment:

Anonymous said...

We’re a group of volunteers and starting a brand new initiative in a community. Your weblog supplied us valuable information to work on. You have done a marvellous work!

Related Posts with Thumbnails